Melancap Sebelum Bersetubuh – Betul Ke Boleh Tahan Lama Di Ranjang?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Jika tuan mencari-cari cara tahan lama bersetubuh, tuan mesti pernah terbaca atau dengar melancap sebelum bersetubuh boleh buat lelaki pancut lambat ketika mendayung isteri.

Adakah ini fakta, atau mitos semata-mata?

Melancap sebelum bersetubuh
Melancap sebelum bersetubuh adalah antara teknik tahan lama yang popular dan selalu diamalkan Click To Tweet

Melancap Sebelum Bersetubuh – Berkesan Atau Tidak?

Melancap sebelum berjimak, adakah teknik tahan lama bersetubuh ni berkesan atau tidak? Jawapan untuk soalan ini ialah teknik ini memang berkesan.

Tak menghairankan, kerana teknik ini adalah antara teknik yang selalu disyorkan apabila bercakap tentang teknik tahan lama di ranjang, atau bagaimana nak pancut lambat ketika bersetubuh.

Teknik ini berkesan kerana selepas lelaki pancut, pancutan ke dua atau seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama. Saya pasti tuan sendiri sedar tentang perkara ni.

Tambah-tambah lagi ketika bersetubuh. Kalau dah pancut tu memang susah zakar nak tegang semula. Badan pun rasa letih, tak bermaya. Tidur lepas bersetubuh memang sedap.

Tetapi, walaupun teknik ini berkesan untuk tahan lama, terdapat beberapa perkara yang tuan perlu ambil tahu sebelum mengamalkan teknik ini.

Bukan Untuk Semua

Teknik melancap sebelum bersetubuh supaya tahan lama tak sesuai untuk semua lelaki. Kenapa begitu?

Jika tuan mengalami masalah ketegangan zakar, iaitu zakar sukar nak tegang atau keras – teknik ini bukan untuk tuan.

Mereka yang masih muda mungkin tak faham apa yang saya maksudkan dengan masalah ketegangan zakar. Maklumlah, darah muda zakar senang keras, cuit sikit dah naik.

Tapi bagi yang dah berusia, masalah ketegangan zakar bukan masalah yang asing.

Selepas lelaki pancut atau ejakulasi, badan akan mengalami satu fasa yang dinamakan sebagai fasa “refractory”. Pada fasa ini zakar hilang kekuatan dan jadi tidak sensitif terhadap sentuhan dan rangsangan.

Faktor ini adalah antara sebab utama kenapa teknik melancap sebelum bersetubuh untuk tahan lama tidak sesuai jika tuan ada masalah ketegangan zakar.

Perlukah Saya Melancap Sebelum Bersetubuh?

Bergantung. Seperti yang saya jelaskan sebelum ni, jika tuan masih muda, sihat dan tiada masalah zakar tegang – boleh cuba teknik ni.

Tetapi bagi yang dah berusia dan ada masalah zakar sukar tegang, teknik ni bukan untuk anda.

Banyak keburukan teknik ni bagi mereka yang adalah masalah ereksi zakar. Silap hari bulan zakar tak naik langsung jika tuan melancap dahulu sebelum bersetubuh.

Bila Nak Melancap?

Tidak ada jangka masa yang tetap. Selalunya antara 1  hingga dua jam sebelum bersetubuh adalah jangka masa yang ideal.

Tetapi, ini juga bergantung kepada individu. Iaitu, tahap kesihatan fizikal dan keupayaan zakar untuk kembali tegang selepas melancap.

Jika tuan nak cuba teknik ni, tuan perlu cari jangka masa yang sesuai dengan tubuh tuan.

Keburukan Teknik Melancap Ni

Walaupun teknik ini berkesan untuk tahan lama di ranjang, teknik ini banyak buruk dari baiknya. Keburukan yang paling utama ialah kesan teknik ni pada tubuh.

Ejakulasi atau pancutan memerlukan tenaga, jadi jika tuan pancut dahulu sebelum bersama isteri, tuan dah buang tenaga yang boleh tuan gunakan untuk menggomol isteri nanti.

Bersetubuh juga memerlukan tenaga yang banyak. Nak ringan-ringan, nak foreplay dengan isteri, nak seks oral lagi, belum lagi mendayung. Semua ni perlukan tenaga.

Jadi jika tenaga dah buang semasa melancap tadi, macam mana nak “perform” dengan isteri.

Teknik ni juga memerlukan persediaan, sama macam ubat tahan lama yang perlu sapu atau makan sebelum bersama isteri.

Kalau isteri nak segera, takkan nak cakap dengan isteri tunggu dalam sejam boleh tak, nak melancap dulu – hilang mood isteri.

Penyelesaian Yang Lebih Sempurna Untuk Tahan Lama

Terdapat teknik yang lebih berkesan dari teknik melancap sebelum bersetubuh, iaitu teknik lelaki orgasma berganda.

Daripada banyak-banyak teknik tahan lama bersetubuh, teknik lelaki orgasma ini adalah teknik terbaik. Tak perlu guna ubat, atau melancap dulu sebelum berjimak.

Teknik lelaki orgasma ni adalah teknik di mana tuan boleh mengawal pancutan. Dalam erti kata lain tuan boleh pilih bila nak pancut ketika bersetubuh.

Ini adalah teknik tahan lama mutlak untuk lelaki. Jika tuan serius nak puaskan isteri di ranjang, tuan perlu belajar teknik ni.

share-nodes
Kongsi: