Kondom Tahan Lama – Guna Kondom Boleh Pancut Lambat?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Menggunakan kondom ketika bersetubuh bukanlah perkara baru bagi pasangan yang ingin merancang kehamilan. Tetapi, guna kondom sebagai salah satu teknik tahan lama di ranjang – mungkin ramai yang belum pernah cuba.

Adakah dengan menggunakan kondom lelaki boleh tahan lama di ranjang dan lambat pancut?

Kondom tahan lama
Pada masa sekarang terdapat kondom tahan lama yang dicipta khusus buat lelaki pancut lambat ketika bertarung Click To Tweet

Kondom Tahan Lama – Dicipta Khas Untuk Buat Lelaki Pancut Lambat

Sebelum ini saya telah menulis artikel atau tip panjang lebar tentang cara nak tahan lama di ranjang. Salah satu cara tahan lama yang diberitahu pada tip tersebut ialah guna kondom.

Tuan mungkin hairan bagaimana guna kondom boleh bantu tahan lama di ranjang. Kondom tu kan nipis sahaja – tak ada beza sangat pun pakai atau tak pakai kondom.

Tetapi, kondom yang saya maksudkan di sini bukan kondom biasa. Mesti ramai yang masih tak tahu sekarang ni terdapat kondom khas yang dicipta untuk bantu kaum lelaki pancut lambat.

Kondom ini dipasarkan sebagai “performance enhancing condoms”,“delay condom” atau “prolong condom”.

Apa yang membezakan kondom ini dengan kondom biasa?

Kondom Tahan Lama vs. Kondom Biasa

Kondom yang bantu tahan lama bukan kondom yang lebih tebal seperti yang ramai sangka. Tetapi kondom tahan lama disertakan atau disapu dengan bahan kimia yang boleh buat zakar kebas.

Bahan yang saya maksudkan ialah “benzocaine” atau “lidocaine”. Tak pernah dengar kan? Kat negara kita kalau sebut pasal kebas, tahan lama sudah pasti yang terlintas di fikiran masing-masing ialah gambir sarawak.

Bahan-bahan ini sama fungsi dengan gambir, iaitu buat zakar jadi kebas atau kurang sensitif terhadap rangsangan. Hasilnya pengguna kondom ni boleh lambat pancut ketika bersetubuh.

Bahan yang buat zakar kebas ni disapu pada bahagian dalam kondom. Jadi apabila pengguna pakai kondom ni, bahan-bahan tersebut akan meresap ke dalam zakar.

Ada juga yang terlebih kreatif. Mereka ambil bahan yang terdapat di dalam kondom tu dan sapu kat zakar. Zakar boleh kebas, tahan lama tanpa perlu pakai kondom. Bagus kan?

Salah sama sekali. Jangan sesekali buat macam tu. Memang zakar akan kebas dan tahan lama. Tapi kesan yang sama akan dirasai oleh isteri tuan pada faraj beliau. Akibatnya, isteri susah nak klimaks dan orgasma.

Sia-sia sahaja tahan lama kalau tak dapat buat isteri puas.

Kelemahan Kondom Pancut Lambat

Kondom ini memang bantu buat penggunanya lambat pancut. Tetapi ada kelemahan yang tuan perlu ambil perhatian sebelum tuan bercadang nak guna kondom sebagai cara pancut lambat di ranjang.

Apa sahaja teknik tahan lama yang buat zakar kebas berkongsi kelemahan yang sama – hilang sensasi ketika bersetubuh.

Kalau tuan pernah guna ubat, spray, losen atau serum tahan lama buat zakar keras, tuan mesti faham apa yang saya maksudkan.

Betul bila zakar kebas secara automatik boleh pancut lambat. Tetapi apa gunanya jika hilang nikmat pada diri sendiri. Isteri puas sehingga klimaks, tetapi kita sendiri tak puas.

Perkara ni jika berlanjutan akan beri kesan buruk jika selalu diamalkan. Jika tuan sendiri tak puas ketika bersama isteri, lama kelamaan sudah pasti tuan akan hilang minat untuk bersetubuh.

Akibatnya, aktiviti seks sekadar untuk menunaikan kewajipan sebagai suami – untuk melampiaskan nafsu isteri.

Tak Guna Kondom Pun Boleh Tahan Lama di Ranjang

Ramai yang masih belum sedar sebenarnya untuk pancut lambat ketika bersetubuh tak perlu buat zakar kebas dengan spray, losen mahupun kondom.

Terdapat teknik yang telah diamalkan sejak turun temurun yang berkesan untuk tahan lama di ranjang.

Teknik yang saya maksudkan ialah teknik lelaki orgasma berganda.

Teknik tahan lama terbaik ni boleh buat pengamalnya kawal pancutan sehingga boleh pilih bila nak pancut. Dalam erti kata lain, jika tuan belajar dan amalkan teknik ni – dengan mudah tuan boleh kawal pancutan ketika bersetubuh.

Yang hebatnya, teknik ni boleh dipelajari dan diamalkan oleh sesiapa sahaja. Yang penting perlu tekun belajar dan amalkan.

Kalau tuan serius nak tahan lama di ranjang dan puaskan isteri, tuan perlu belajar teknik lelaki orgasma berganda. Teknik ini diajar dari A hingga Z dalam panduan Teknik Tahan Lama.

share-nodes
Kongsi: