Kenapa Suami Tolak Hubungan Seks – Ini 7 Sebab Utama

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Sebagai isteri, pernah tak anda terfikir kenapa suami tolak hubungan seks? Kenapa kadang-kala suami bersikap dingin ketika diajak bersama? Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi. Jadi, kali ni saya beri 7 sebab utama suami menolak untuk bersama di ranjang.

Suami tolak hubungan seks - 7 sebab utama

7 Sebab Utama Suami Tolak Hubungan Seks

Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh buat suami bersikap dingin dan sering beri alasan untuk menolak hubungan seks, 7 faktor utama ini boleh dikatakan adalah punca suami dingin.

Banyak faktor yang boleh buat suami tolak hubungan seks – ini 7 sebab utama Click To Tweet

Tertekan dan stress

Masalah di tempat kerja, masalah kewangan, masalah dengan rakan – semua ini boleh buat manusia tertekan dan menjadi stress. Suami anda juga tidak terkecuali. Terutama sekali jika masalah-masalah ini dibawa balik ke rumah.

Kadang-kala kaum lelaki ingin berehat sepenuhnya di rumah, iaitu melupakan tekanan atau masalah di tempat kerja. Jadi, apabila mereka sedang berehat dan anda pula mengajak untuk bersama – semakin tertekan beliau.

Untuk mengatasi masalah ini – jangan paksa suami. Beri beliau sedikit masa untuk berehat. Jika boleh cuba buat temu janji dengan suami untuk bersama. Beri “hint” kepada beliau supaya beliau dapat bersedia untuk bersama anda.

Masalah kesihatan

Masalah kesihatan juga boleh menyumbang kepada faktor suami tolak hubungan seks. Mungkin suami anda tidak mahu anda risau dengan masalah kesihatan beliau, jadi beliau tidak maklumkan kepada anda.

Tetapi, dalam masa yang sama beliau berasa tertekan dengan masalah ini sekali gus menyebabkan keinginan seks suami merudum turun.

Masalah yang bersangkut paut dengan kesihatan tidak boleh diambil mudah. Jika suami menolak untuk bersama disebabkan oleh faktor kesihatan, cuba cari penyelesaian segera untuk merawat suami.

Masalah rumahtangga

Rumahtangga yang harmoni adalah impian setiap pasangan suami isteri. Tetapi kadang-kala, badai melanda. Masalah rumahtangga juga adalah penyumbang kepada faktor suami menolak hubungan seks.

Terutama jika suami sedang merajuk atau marah terhadap anda. Sudah pasti rasa ghairah beliau menurun.

Jika perkara ini berlaku, jalan terbaik ialah selesaikan dahulu masalah rumahtangga anda berdua. Secara automatik suami akan kembali ghairah untuk bersama jika tiada lagi masalah rumahtangga.

Suami Curang

Jika suami sudah puas makan kat luar, sudah pasti beliau kurang keinginan untuk makan di rumah. Tidak perlu saya tekankan bahawa masalah suami curang adalah masalah yang serius. Anda harus kenal pasti punca utama yang menyebabkan suami anda curang.

Adakah kerana layanan anda? Atau masalah rumah tangga anda berdua terlalu teruk sehingga perasaan cinta yang terbina suatu masa dahulu boleh lenyap begitu sahaja.

Apa pun, anda harus tahu yang perceraian adalah jalan terakhir – elakkan jika boleh.

Baca cara menggoda suami di ranjang untuk mengelak suami cari lain

Ketagih menonton video lucah

Jangan ketawa. Ini adalah salah satu faktor yang boleh buat suami menjadi dingin untuk bersama di ranjang. Atau, lebih teruk lagi – hilang keinginan untuk bersama.

Masalah ketagih menonton video lucah atau masalah porno bukanlah masalah baru yang melanda kaum lelaki. Mereka yang mengalami masalah ketagihan menonton video lucah yang kronik lebih selesa atau puas melampiaskan nafsu mereka dengan melancap berbanding bersama pasangan.

Salah satu sebab utama kaum lelaki memilih untuk puaskan diri dengan menonton video lucah berbanding hubungan seks dengan isteri adalah kerana mereka jemu dengan isteri mereka. Jadi, mereka memilih alternatif untuk puaskan nafsu.

Baca lebih lanjut tanda-tanda suami ketagih menonton video lucah

Kurang keyakinan diri

Masalah seperti pancut awal atau tidak tahan lama ketika bersama isteri adalah antara punca utama suami hilang keyakinan diri untuk bersama isteri.

Ego kaum lelaki sangat tinggi. Jadi, apabila mereka gagal untuk puaskan isteri mereka ketika bersama – dengan mudah mereka akan hilang keyakinan diri dalam hubungan seks. Bagi kebanyakan lelaki, lebih baik menolak ajakan isteri daripada gagal untuk puaskan isteri di ranjang.

Masalah pancut awal ini sebenarnya boleh dirawat dengan mudah. Jika suami anda mengalami masalah ini, minta suami baca panduan cara mengelak pancut awal.

Bosan dengan hubungan seks

Rumahtangga anda bahagia, suami tidak tertekan, tidak ada masalah pancut awal – tetapi kenapa suami selalu beri alasan ketika diajak bersama?

Mungkin suami semakin bosan dengan hubungan seks, terutama jika tiada pembaharuan dalam hubungan kelamin anda berdua. Jika anda sudah lama mendirikan rumahtangga, sudah pasti anda tahu yang kaum lelaki adalah spesies yang mudah jemu.

Jadi, jika perkara yang sama dilakukan berulang-ulang tanpa pembaharuan – sudah pasti tiada lagi nikmat ketika bersama.

Cuba beri sedikit pembaharuan dalam hubungan seks anda berdua. Perubahan ini tidak perlu drastik, sedikit demi sedikit pun dah ok.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang panduan-panduan yang telah disediakan di laman Info Seks Melayu ini.

share-nodes
Kongsi: