Kemut Faraj Hebat Untuk Suami – Semua Isteri Boleh Buat Teknik Ini

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu teknik kemut faraj hebat yang boleh buat suami anda kembali gila bayang terhadap anda?

Teknik mengemut faraj atau adalah salah satu faktor yang memainkan penting di dalam hubungan kelamin suami isteri. Teknik ini jarang sekali dibincangkan dalam masyarakat kita kerana topik ini dianggap sensitif.

Lebih malang lagi ramai para isteri yang tidak tahu bahawa teknik kemut yang betul boleh buat suami mereka mencapai nikmat yang tidak terhingga ketika berasmara.

Kemut faraj hebat untuk suami
Buat suami tersenyum puas

Teknik kemut faraj hebat

Teknik kemut faraj hebat yang betul juga memberikan beberapa kelebihan lain. Antaranya ialah teknik kemut faraj yang betul boleh buat suami lambat klimaks dan dapat berdayung dengan lebih lama. Dengan mengamalkan teknik-teknik kemut faraj ketika berasmara juga akan dapat menguatkan otot-otot faraj sekali gus meningkatkan kualiti hubungan kelamin suami isteri.

Seperti yang saya katakan tadi, tidak ramai isteri yang ingin mengambil tahu akan perkara ini. Memang benar secara tidak sedar para isteri akan mengemut faraj mereka ketika berasmara, tetapi apakah kemut faraj itu dilakukan dengan teknik yang betul? Acapkali para isteri melakukan teknik kemut faraj yang salah di dalam hubungan kelamin.

Akibatnya bukan sahaja mereka tidak dapat menikmati sepenuhnya kenikmatan hubungan seks, malah teknik kemut yang salah juga boleh buat suami cepat klimaks dan pancut.

Sebelum ini saya telah menulis tentang teknik-teknik kemut faraj yang betul, dan latihan-latihan faraj yang dapat melatih otot-otot faraj. Latihan-latihan ini akan dapat menyediakan faraj untuk melakukan teknik kemut yang tepat ketika berasmara.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang latihan kemut faraj dan teknik kemut faraj.

Oleh kerana saya telah menyentuh latihan kemut dan teknik kemut dengan terperinci melalui dua artikel di atas, kali saya hanya ingin menyentuh tentang bagaimana untuk mengaplikasikan teknik-teknik kemut ini di dalam hubungan kelamin suami isteri.

Praktikkan di ranjang

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh para isteri yang telah mahir dengan teknik kemut faraj, ialah tidak mengikut ritma mendayung zakar suami ketika mengemut.

Maksudnya, jika suami mendayung dengan perlahan di awal permulaan jimak, si isteri terus mengemut dengan kuat dan laju, manakala ketika suami mendayung zakar dengan laju pula, kemut isteri menjadi perlahan dan tidak bertenaga.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya latihan terhadap otot-otot faraj dan menyebabkan otot-otot faraj menjadi lembik dan tidak dapat mengikuti ritma mendayung suami. Seperti yang anda ketahui, kesalahan ini dapat dielakkan dengan mudah sekiranya anda melakukan latihan kemut faraj yang saya berikan sebelum ini.

Otot-otot faraj seperti juga otot-otot badan yang lain, di mana apabila dilatih otot-otot ini akan menjadi lebih kuat, dan lebih bertenaga untuk digunakan dalam jangka masa yang lama. Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti hubungan kelamin suami isteri.

Tak peka terhadap suami

Salah satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh para isteri ketika mengemut faraj ialah tidak peka dengan tahap sensitiviti suami mereka. Kebanyakkan para isteri(walaupun bukan semua) tidak akan memerhatikan para suami mereka ketika berjimak.

Contohnya ramai para isteri yang tidak peka dengan situasi suami yang hampir klimaks. Oleh itu mereka tidak bertindak untuk melambatkan pancutan suami dengan kemut faraj mereka.

Jika anda perhatikan di dalam artikel saya tentang teknik kemut faraj, terdapat teknik kemut hebat yang boleh meningkatkan ghairah suami, dan terdapat juga teknik kemut faraj yang boleh melambatkan klimaks atau pancutan zakar suami.

Oleh itu teknik kemut yang boleh meningkatkan ghairah suami hanya sesuai digunakan pada permulaan mendayung dan teknik kemut yang melambatkan pancutan suami digunakan pada pertengahan atau apabila suami ingin pancut.

Tetapi malangnya kebanyakan para isteri leka di dalam kenikmatan sendiri dan lupa untuk mengambil peduli situasi suami mereka. Mereka tidak memerhatikan reaksi suami dan kadangkala terus melakukan teknik kemut yang boleh meningkatkan ghairah suami mereka sekali gus mengakibatkan suami mereka tidak dapat bertahan lama dan pancut awal.

Oleh itu adalah penting untuk para isteri mengadaptasi teknik kemut anda bersesuaian dengan keadaan suami. Walaupun pada permulaannya agak sukar untuk anda mengalihkan perhatian anda kepada suami anda ketika sedang dilanda nikmat, tetapi anda harus cuba dan lama kelamaan perkara ini akan menjadi reaksi semula jadi, dan hubungan seks akan dapat dipanjangkan dan menjadi lebih bermakna.

Elakkan kesalahan mengemut dalam hubungan seks

Saya berharap dengan penjelasan yang saya berikan di atas, para isteri dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan-kesalahan teknik kemut ini ketika berasmara. Walaupun perkara ini kelihatan remeh, dan seperti tidak penting, tetapi percayalah dengan melenyapkan kesalahan-kesalahan ini anda akan dapat membantu suami dan meningkatkan kualiti hubungan kelamin suami isteri.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para isteri, dan juga suami ketika berasmara. Saya telah menulis dengan panjang lebar tentang kesalahan-kesalahan ini di dalam Panduan 90 Kesalahan Seksual.

Jika anda dan suami dapat mengelakkan diri dari melakukan kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam Panduan 90 Kesalahan Seksual ini, anda tidak perlu risau lagi akan timbulnya masalah di dalam hubungan seks anda.

Saya jamin anda akan dapat meningkatkan kualiti hubungan seks anda ke tahap yang belum pernah anda capai sebelum ini.

share-nodes
Kongsi: