Jadi Lelaki Orgasma Berganda Dan Buat Isteri Pancut Berkali-Kali

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Lelaki orgasma berganda? Apa benda tu? Saya pasti ramai yang tak pernah dengar istilah ni.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lelaki orgasma berganda. Dan, bagaimana dengan menjadi lelaki orgasma berganda Tuan boleh puaskan isteri anda tanpa perlu bantuan ubat kuat.

lelaki orgasma berganda

Apa Itu Lelaki Orgasma Berganda?

Istilah lelaki orgasma sebenarnya bukanlah istilah yang asing satu masa dahulu. Malah boleh dikatakan rata-rata lelaki pada zaman dahulu adalah lelaki orgasma berganda.

Secara ringkas, lelaki orgasma berganda adalah istilah yang diberikan kepada lelaki yang boleh klimaks berkali-kali ketika bersetubuh – hebat kalau Tuan boleh jadi lelaki macam ni kan?

Sebenarnya, mereka pada usia muda memang tidak mempunyai masalah untuk pancut lebih dari satu kali ketika bersetubuh.

Maklumlah, darah muda dan tenaga masih kuat. Kalau dah pancut pun tiada masalah zakar kembali keras dalam masa yang singkat dan boleh teruskan permainan.

Tetapi semakin meningkat usia, tenaga pun dah tak macam dulu. Nak bertahan 10 minit dengan isteri pun jadi masalah.

Masalah inilah yang cuba dihapuskan oleh teknik lelaki orgasma berganda.

Faktor usia lelaki adalah antara faktor utama yang buat kita gagal bertahan lama di ranjang Click To Tweet

Bukan Setakat Pancut Berkali-Kali

Pada mulanya, teknik lelaki orgasma berganda dicipta untuk buat lelaki yang belajar teknik ni boleh pancut berkali-kali, macam wanita.

Tetapi setelah menguasai teknik ni, mereka dapati keupayaan lelaki tak sama macam wanita.

Wanita kalau orgasma dan pancut berkali-kali pun tak ada masalah. Habis sangat pun letih dan tertidur.

Tetapi lelaki lain pula cerita. Semua lelaki selepas pancut akan letih dan tidak bermaya. Terutama mereka yang telah lanjut usia. Oleh itu, tak guna jika boleh pancut berkali-kali tetapi memberi kesan negatif kepada tubuh.

Tenaga Di Dalam Air Mani Lelaki

Untuk pengetahuan tuan-tuan, orang dulu-dulu percaya ada tenaga di dalam air mani. Jadi, setiap kali kita memancutkan air mani, sama seperti kita buang tenaga yang diperlukan tubuh.

Mungkin bunyi teori ni agak pelik, tambahan lagi pada zaman yang serba canggih sekarang ni. Tetapi, sebenarnya teori ni tak jauh lari dari aspek kajian sains yang telah dilakukan pada zaman moden.

Setiap kali lelaki orgasma dan pancut, otak kita ni akan merembeskan banyak bahan kimia dan tubuh akan mengeluarkan hormon. Tindak balas ni yang buat kita rasa letih tan tak bermaya.

Selepas ini juga badan kita perlu rehat yang secukupnya untuk mengembalikan semula tenaga, dan menghasilkan semula hormon yang telah dirembeskan semasa kita orgasma.

Jadi, tanggapan masyarakat dulu kala bahawa air mani mempunyai tenaga tak lari jauh dari keputusan kajian moden yang dilakukan terhadap orgasma lelaki.

Walau bagaimanapun, wanita tak mengalami perkara ni. Sebab itu mereka tiada masalah untuk orgasma berkali-kali ketika bersetubuh – sangat bertuah!

Klimaks Tapi Tak Pancut

Kerana takut nak buang tenaga dalam tubuh yang hilang dengan pancutan air mani, orang dulu-dulu pun cari jalan penyelesaian. Bagaimana mereka boleh puaskan pasangan mereka tanpa merugikan tenaga.

Kat sinilah teknik lelaki orgasma berganda diubah supaya lebih hebat. Mereka telah berjaya menemui cara bagaimana untuk klimaks dan puas, tanpa perlu pancut.

Sekali dengar memang pelik bunyinya. Macam tak masuk dek akal. Bagaimana nak klimaks dan puas kalau tak pancut. Tak logik.

Tetapi, inilah kelebihan ilmu ini. Bukan sahaja pengamal teknik ni boleh puas tanpa pancut, malah dengan mudah mereka boleh bertahan lama dan puaskan isteri.

Pengamal teknik ni juga boleh pilih bila mereka ingin pancut ketika bersetubuh. Confirm lebih hebat dari segala ubat, gel, serum dan krim tahan lama.

Wow! Hebatnya teknik ni. Tapi, kenapa tak semua orang belajar teknik ni kalau ‘power’ sangat?

Bukan Untuk Semua Lelaki

Betul. Teknik ni memang hebat. Tetapi, nak belajar teknik ni bukan senang. Tambah-tambah lagi pada masa sekarang – zaman semua orang sibuk.

Nak belajar teknik ni perlukan dedikasi dan disiplin diri. Kalau tak boleh nak beri tumpuan sepenuhnya untuk belajar teknik ni – jangan cuba. Buang masa Tuan sahaja.

Tetapi, jika Tuan benar-benar serius nak jadi lelaki orgasma berganda untuk puaskan isteri di ranjang; atau tuan dah bosan keluar belanja setiap bulan untuk ubat tahan lama; ini adalah teknik terbaik yang boleh Tuan belajar dan amalkan seumur hidup Tuan.

Bagaimana Nak Jadi Lelaki Orgasma Berganda

Nak belajar teknik ini perlukan latihan – fizikal dan mental.

Bermula daripada latihan bagaimana untuk bernafas dengan betul semasa bersetubuh, sehinggalah kepada bagaimana untuk mengalirkan tenaga seksual yang terkandung di dalam setiap tubuh badan kita.

Dua perkara ini adalah kunci utama untuk menjadi lelaki orgasma berganda.

Tetapi, tak adalah lama sangat nak belajar teknik ni. Kalau dilakukan dengan betul, dalam sebulan dua dan boleh lihat hasilnya.

Latihan-latihan ni terlalu panjang kalau saya nak tulis kat sini. Nak sertakan gambar di laman web ni pun tak boleh, sebab ada gambar-gambar hanya sesuai untuk mereka yang dah berkahwin sahaja – bukan untuk tontonan umum.

Oleh itu saya dah terbitkan panduan lengkap teknik menjadi lelaki orgasma berganda. Panduan Teknik Tahan Lama ni mengajar dari mula sampai habis bagaimana nak tukar diri Tuan daripada seorang yang pancut awal kepada seorang yang boleh klimaks berkali-kali tanpa perlu pancut.

share-nodes
Kongsi: