Ini Ciri-Ciri Wanita Ketagih Seks – Macam Mana Nak Kenal

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Apakah ciri-ciri wanita ketagih seks? Penyakit ketagihan seks adalah salah satu penyakit seksual yang menular pada masa sekarang. Malah boleh dikatakan penyakit ini semakin meningkat setiap tahun.

Tetapi jangan keliru antara penyakit ketagih seks, dan kuat nafsu seks. Kedua-dua ni adalah perkara yang berbeza.

Wanita ketagih seks
Penyakit ketagih seks tak sama dengan kuat nafsu seks! Click To Tweet

Sex maniac

Sebelum ini, penyakit ketagih seks hanya dikaitkan dengan kaum lelaki. Malah terdapat istilah khas yang diberikan kepada mereka ketagihan seks, iaitu “Sex maniac”.

Walaubagaimanapun, pada masa sekarang, bukan sahaja kaum lelaki yang mengalami masalah ketagihan seks. Penyakit ketagih seks ini telah mula menular di kalangan kaum wanita secara meluas.

Wanita ketagih seks

Seperti juga kaum lelaki, kaum wanita juga mempunyai keinginan terhadap seks. Seringkali kaum wanita bijak mengawal nafsu mereka, dan kurang berminat terhadap perkara atau aktiviti yang melibatkan seks sekiranya mereka tidak terangsang atau benar-benar bernafsu.

Ini berbeza dengan wanita yang mengalami penyakit ketagihan seks.

Bagi wanita-wanita ini, seks merupakan antara perkara utama di dalam kehidupan mereka, dan diletakkan sama seperti ketagihan-ketagihan yang lainnya, seperti ketagih merokok, arak atau dadah. Pendek kata jika tidak menjalani hubungan seks setiap hari, mereka akan merasa tertekan dan tidak senang duduk.

Ciri-ciri wanita yang ketagihan seks

Agak sukar untuk mengenali wanita ketagihan seks. Mereka pandai mengawal diri mereka untuk tidak mendedahkan ketagihan seks yang mereka alami.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa persamaan, atau ciri-ciri yang boleh digunakan untuk mengenali wanita yang mempunyai masalah ketagihan seks.

Segalanya tentang seks

Wanita yang mempunyai masalah ketagih seks sering memikirkan tentang seks, 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kadangkala sukar untuk mereka memberi fokus terhadap perkara lain selain seks, terutamanya jika mereka belum dapat melampiaskan nafsu mereka dengan seks.

Wanita ketagih seks akan merancang dengan siapa mereka akan menjalani hubungan seks, di mana, dan bagaimana hubungan seks yang akan mereka lakukan. Ini bermain di dalam fikiran mereka setiap masa.

Anytime, anywhere – Seks di mana-mana sahaja

Wanita yang mempunyai masalah ketagih seks juga tidak ambil kisah bila dan di mana mereka melakukan aktiviti seks. Ini berbeza dengan wanita normal yang perlu perancangan, dan memilih lokasi seks dengan teliti walaupun dalam aktiviti seks spontan atau seks pantas.

Wanita yang ketagih seks pula berbeza, apabila mereka terangsang dan bernafsu, dalam tandas pun jadi, asalkan mereka dapat melampiaskan nafsu seks mereka.

Tidak perlu foreplay

Jika wanita normal perlukan foreplay dan pemanasan sebelum persetubuhan untuk buat mereka benar-benar bersedia, wanita yang ketagihan seks akan mengabaikan foreplay dan terus menuju kepada persetubuhan.

Ini tidak mengejutkan kerana wanita yang mengalami masalah ketagihan seks mudah terangsang, dan faraj mereka akan mudah basah dan bersedia untuk penembusan zakar.

Sering tarik perhatian

Kebanyakan wanita yang berpenyakit ketagihan seks gemar mencuri perhatian kaum lelaki. Malah mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian kaum lelaki, terutama yang mereka minat dan ingin lakukan seks dengan lelaki tersebut.

Untuk ini, mereka akan berpakaian seksi dan menggoda. Bermain mata dan menampilkan perwatakan yang seksi dan manja apabila berinteraksi dengan lelaki tersebut.

One night stand

Wanita yang mempunyai penyakit ketagih seks sering menjadikan pasangan mereka sebagai tempat melampiaskan nafsu semata, dan tidak akan terikat dengan hubungan yang serius atau berpanjangan.

Malah wanita yang mempunyai masalah ketagihan seks yang kronik sering merealisasikan istilah “one night stand”.

One night stand adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada hubungan seks yang tanpa sebarang ikatan, atau hubungan rapat antara pasangan dan hanya berlaku sekali sahaja. Selepas itu masing-masing melupakannya, seperti ianya tidak pernah berlaku

Seks sebagai ubat

Boleh dikatakan hampir semua wanita dengan ketagihan seks akan menjadikan hubungan seks sebagai ubat untuk mengubati penyakit mereka. Dan yang menariknya, selalunya ini berhasil.

Penyakit-penyakit seperti stress, tertekan, atau penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan psikologi akan sembuh hanya selepas mereka menjalani hubungan seks.

Tidak semua wanita punyai masalah ketagihan seks

Ciri-ciri yang saya berikan di atas, walaupun hampir tepat dan kena pada batang hidung wanita ketagih seks, jangan pula anda jadikan ciri-ciri di atas sebagai panduan utama untuk melabel seseorang wanita itu sebagai mengalami masalah ketagih seks.

Penyakit ketagihan seks adalah penyakit yang berkait rapat dengan psikologi manusia. Seperti juga penyakit-penyakit psikologi manusia yang lainnya, ciri-ciri penyakit tersebut dikongsi oleh ramai individu walaupun mereka tidak mengalami penyakit tersebut.

share-nodes
Kongsi: