Foreplay Untuk Tahan Lama Bersetubuh – 5 Teknik Foreplay Terbaik

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Teknik foreplay atau teknik pemanasan sebelum bersetubuh adalah satu ilmu berjimak yang jarang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum lelaki. Ramai suami yang gelojoh dan tak sabar-sabar nak menunggang isteri sehingga mengabaikan pemanasan yang sangat penting.

Ilmu foreplay atau pemanasan sebenarnya sangat-sangat membantu untuk anda tahan lama ketika bersetubuh. Malangnya ramai suami yang letak tepi fakta ni.

Foreplay untuk tahan lama bersetubuh
Teknik foreplay memainkan peranan yang sangat penting untuk bantu lelaki tahan lebih lama ketiak bersetubuh Click To Tweet

Ilmu Foreplay Untuk Tahan Lama Bersetubuh

Sebelum ini saya telah menulis tip rahsia tahan lama di artikel ni. Salah satu rahsia tahan lama yang saya nyatakan pada tip tersebut ialah teknik foreplay untuk tahan  lama bersetubuh.

Ramai yang keliru bagaimana teknik foreplay yang tak ada sangkut paut ketika mendayung boleh bantu mereka tahan lama dan pancut lambat.

Memang pemanasan atau foreplay tidak digunakan ketika anda mendayung isteri. Tetapi, fikir sejenak apa yang anda buat sebelum bersetubuh.

Adakah sekadar mencium isteri, ringan-ringan sikit dan terus mendayung?

Jika ini modus operandi anda setiap kali menggomol isteri – anda perlu ubah teknik berjimak anda bersama isteri.

Menggunakan Foreplay Untuk Puaskan Isteri

Kegunaan utama foreplay bukanlah ketika mendayung zakar. Tetapi, foreplay untuk tahan lama bersetubuh digunakan sebelum anda menunggang isteri.

Jika anda pakar dalam foreplay – dengan mudah anda boleh isteri puas dan klimaks berkali-kali sebelum mendayung.

Dalam erti kata lain – anda boleh buat isteri puas tanpa bersetubuh. Anda hanya perlu gunakan teknik foreplay anda.

Cuba anda fikir, jika anda dapat puaskan isteri sebelum mendayung, sudah pasti tiada masalah walaupun anda tak dapat tahan lama ketika menunggang isteri.

Tetapi, ini tak bermakna anda tak perlu belajar teknik tahan lama mendayung. Cuma saya nak tekankan kepentingan foreplay di sini.

Kenapa Foreplay Sangat Penting

Terdapat satu fakta penting yang perlu anda tahu tentang semua wanita kat dunia ni. Enjin wanita tak sama macam enjin lelaki.

Semua wanita sukar untuk benar-benar ghairah dan terangsang. Ini adalah fakta yang telah dibuktikan oleh sains.

Mereka perlukan pemanasan dan masa untuk meletakkan diri mereka dalam keadaan benar-benar terangsang. Kalau setakat ringan-ringan tu – memang susah wanita nak panas.

Bila mereka belum benar-benar terangsang, tetapi mula bersetubuh – sudah pasti sukar untuk mereka puas sehingga klimaks. Ini adalah faktor utama yang buat ramai suami gagal puaskan isteri mereka ketika bersetubuh.

Kat sinilah teknik foreplay memainkan peranan. Suami perlu buat isteri benar-benar bersedia dengan sesi foreplay. Jika isteri benar-benar terangsang ketika permainan foreplay, tak sukar untuk beliau klimaks ketika bersetubuh.

Tetapi, selain buat isteri terangsang – foreplay juga mempunyai kelebihan tambahan. Kelebihan ini jarang digunakan sepenuhnya oleh suami.

Kelebihan yang saya maksudkan ialah anda boleh buat isteri puas dan klimaks – hanya dengan teknik foreplay.

Teknik Foreplay Terbaik Untuk Buat Isteri Klimaks

Sebenarnya banyak teknik foreplay untuk tahan lama bersetubuh yang boleh anda gunakan untuk buat isteri puas sebelum mendayung. Kat sini saya senaraikan beberapa teknik foreplay asas yang boleh anda praktikkan pada isteri.

  1. Panjangkan Sesi Bercium
    Kuasa ciuman sebenarnya sangat hebat, bukan sekadar sebagai pembuka kata atau intro hubungan seks. Jika sebelum ini anda hanya mencium bibir dan leher isteri – panjangkan lagi dengan mencium seluruh tubuh isteri. Tapi awas, elakkan kawasan sensitif seperti payudara dan kemaluan isteri pada aktiviti bercium ni. Tumpukan pada bahagian-bahagian lain dahulu seperti perut, lengan, bahagian belakang, punggung dan paha dahulu.
  2. Gomol Payudara Isteri
    Apabila anda rasa isteri sudah mula panas, serang payudara beliau. Jangan terkejut jika saya beritahu isteri anda boleh klimaks hanya dengan rangsangan pada payudara. Tapi kena betul caranya. Jangan terus menuju ke puting payudara isteri. Mulakan dengan mengelilingi bahagian luar payudara beliau. Anda boleh gunakan tangan atau lidah anda. Lebih baik mulakan dengan tangan, dan teruskan dengan lidah. Rangsang kawasan ini dahulu, kemudian perlahan-lahan mendekati puting payudara beliau. Anda boleh tahu isteri telah panas apabila beliau sendiri yang minta anda gomol puting payudara beliau.
  3. Kawasan Paha Isteri
    Paha isteri anda sangat sensitif. Ramai suami yang tak tahu perkara ni. Kat paha wanita, terdapat reseptor deria yang bersangkut paut secara tak langsung dengan kemaluan mereka. Jangan abaikan kawasan zon erotik isteri yang satu ni. Gomol paha isteri dahulu sebelum anda menyerang kemaluan beliau.
  4. Ramas Punggung Isteri
    Semasa anda merangsang paha beliau, anda boleh tambah nikmat kepada isteri dengan bermain-main dengan punggung beliau. Ramas dengan lembut sambil menggomol paha. Jangan terlalu kasar kerana kawasan punggung wanita adalah kawasan yang sensitif pada sentuhan.
  5. Kemaluan Isteri
    Kemaluan wanita adalah satu organ seksual yang sangat kompleks. Walaupun boleh dikatakan keseluruhan kawasan alat sulit wanita sangat sensitif pada rangsangan, terdapat beberapa bahagian yang lebih sensitif dari bahagian lain. Contohnya seperti biji kelentit. Ini adalah bahagian paling sensitif pada kawasan luar kemaluan wanita. G-Spot atau titik G pula adalah bahagian yang paling sensitif pada kawasan dalaman lubang faraj. Jadi berhati-hati ketika menggomol kemaluan isteri. Mulakan dengan bahagian yang kurang sensitif dahulu, kemudian baru menuju ke arah bahagian yang paling sensitif.

    Saya telah menulis dengan panjang lebar tentang organ seksual wanita dan bagaimana teknik terbaik untuk merangsang organ ini dalam “Modul 2 – Mengenali Pasangan Anda”. Ini adalah modul ke 2 dari 6 modul yang terdapat di dalam Panduan Teknik Tahan Lama.

Walaupun 5 teknik foreplay yang saya beri ni boleh dikatakan sebagai teknik asas – teknik-teknik ini sudah cukup untuk membantu anda buat isteri puas dengan permainan foreplay.

Semoga ilmu ni akan bantu anda tahan lama ketika bersetubuh.

share-nodes
Kongsi: