Ciuman Pertama – Panduan Mencuri Ciuman Pertama Untuk Lelaki Dan Wanita

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Tak pernah bercium? Panduan bagaimana nak curi ciuman pertama ini akan bantu anda. Jika anda masih belum pernah mengalami nikmat bercium, anda perlu baca dari mula sampai habis panduan yang saya nak beri ni.

Ciuman pertama
Ciuman pertama tak perlu sempurna. Jangan terpengaruh dengan filem Hollywood! Click To Tweet

Nikmat Ciuman Pertama

Ciuman pertama adalah ciuman yang paling nikmat. Tetapi yang paling nikmat di sini bukanlah nikmat ciuman itu sendiri – tetapi nikmat yang anda dan si dia rasakan buat pertama kali bercium.

Ciuman ini juga boleh dikatakan ciuman yang paling ikhlas. Ketika melakukan ciuman, tidak ada kepura-puraan. Anda dan pasangan mengalami pengalaman baru yang belum pernah anda berdua rasai sebelum ni.

Walaupun “first kiss” selalunya dilakukan dengan spontan, tidak bermakna anda tidak perlu menyediakan diri untuk memberi, atau menerima ciuman ini.

Jadi panduan ini saya bahagikan kepada dua bahagian, iaitu untuk lelaki dan wanita.

Panduan Melakukan Ciuman Pertama Untuk Wanita

Sebagai wanita, ciuman pertama adalah segala-galanya. Wanita bersikap lebih romantis dan selalu mengimpikan first kiss yang sempurna. Seperti ciuman yang diterima oleh puteri daripada putera impian mereka.

Tetapi, benarkah anda hanya perlu menerima ciuman daripada putera anda? Salahkah jika anda yang memulakan dulu ciuman?

Di sini saya beri langkah demi langkah bagaimana untuk buat pengalaman ciuman anda jadi sempurna.

  1. Rapikan diri sebelum bercium
    Pakai gincu atau lip balm. Kalau boleh elakkan lip gloss yang melekat. Pastikan juga nafas anda segar. Kunyah gula-gula getah (chewing gum) atau makan mentos untuk segarkan nafas. Jangan lupa juga perapian tubuh anda. Gunakan pewangi, atau losen untuk buat si dia teruja dengan bau anda.
  2. Beri tanda anda ingin mencium si dia
    Tak salah jika anda beri “hint” anda ingin bercium. Pandang tepat ke arah matanya dengan lembut. Senyum, kemudian buka dan jarakkan sedikit bibir anda. Jangan muncungkan bibir anda – takut pula si dia nanti. Perlahan, dekatkan tubuh anda kepada si dia. Ini memberi isyarat bahawa anda ingin lebih dekat dengannya.
  3. Mulakan dulu ciuman
    Sesetengah lelaki adalah pemalu. Tambahan lagi mereka yang kurang pengalaman. Jadi, jika tiada reaksi dari si dia – anda sahaja yang mulakan dulu. Cium lembut pipi si dia, menandakan anda tak kisah untuk menyentuh dan disentuh. Kebanyakan lelaki yang “gentleman” takut untuk menyentuh wanita tanpa kebenaran yang empunya diri.
  4. Lembut dan sopan
    Ciuman pertama tidak seperti ciuman-ciuman lain. Ciuman ini lebih sopan tetapi kurang intim. Apabila anda mula mencium bibir si dia, cium dengan lembut. Jangan sesekali gunakan lidah atau gigi anda seperti ciuman lidah/ciuman Perancis. Cium dengan perlahan-lahan dan lembut.

Panduan Melakukan Ciuman Pertama Untuk Lelaki

Sebagai lelaki anda perlu yakin ketika melakukan ciuman pertama. Walaupun ada wanita yang menganggap lelaki yang pemalu sebagai “cute”, rata-rata lebih gemarkan lelaki dengan keyakinan diri yang tinggi.

Kalau anda berdebar-debar dan gugup sekalipun, cubalah berlakon seperti anda seorang yang berkeyakinan tinggi. Jangan larikan mata anda – lihat tepat ke dalam mata si dia.

  1. Rapikan diri
    Seperti juga wanita, anda juga perlu sediakan diri sebelum mencuri ciuman si dia. Tak ada perempuan yang suka cium lelaki yang tak bercukur dan mulut berbau. Jadi, cukur misai anda serapi yang mungkin. Jika anda merokok, sediakan penyegar nafas, gula-gula getah atau mentos. Rapikan juga tubuh anda dengan pewangi.
  2. Perlu pandai memujuk
    Ingat, tak semua wanita suka menunjukkan mereka ingin bercium – walaupun dalam hati dah berdebar-debar dan tak sabar. Anda perlu pandai memujuk dan menggoda untuk melakukan bercium. Tetapi awas. Jangan terlalu “over”. Nanti anda juga yang rugi.
  3. Peka terhadap tanda yang diberikan
    Walaupun wanita tak suka menunjuk, kadang-kadang terlepas juga tanda-tanda yang beliau ingin bercium. Anda perlu peka terhadap tanda-tanda ini. Contohnya, mungkin mata beliau menjadi sedikit layu. Atau, beliau membasahkan dan menjarakkan sedikit bibir tanpa beliau sedar. Si dia juga mungkin akan merapatkan diri kepada anda dengan tak sengaja. Anda perlu ambil perhatian terhadap tanda-tanda ini untuk memulakan ciuman anda.
  4. Jangan gelojoh
    Jangan terus merapatkan bibir anda ke bibir si dia. Kata kunci di sini ialah jangan gelojoh – walaupun anda dah tak sabar-sabar nak bercium. Mulakan dengan menyentuh lembut tangan si dia. Berborak-boraklah dahulu. Kemudian, perlahan-lahan dekatkan diri anda. Jangan lupa untuk melihat tepat ke dalam matanya. Beri isyarat dengan mata anda bahawa anda ingin mencium dirinya. Anda juga boleh lakukan sentuhan lain, jika beliau tidak menolak. Sebagai contoh, belai lembut pipinya sambil memuji beliau.
  5. Memulakan ciuman
    Apabila anda sudah pasti si dia telah bersedia, perlahan-lahan rapatkan bibir anda ke bibirnya. Jangan lupa untuk terus melihat ke matanya. “Eye contact” di sini sangat penting. Bila bibir dan bertemu, larikan mata anda seketika ke bibirnya. Pastikan sasaran anda tepat. Bibir bertemu bibir, bukan bertemu dagu atau hidung. Muncungkan sedikit bibir anda dan sentuh bibir si dia dengan lembut. Teruskan dengan mencium lembut.

Tip First Kiss Yang Penting

Perkara  yang paling penting ketika melakukan ciuman ialah jangan gelojoh. Ini adalah kali pertama anda berdua bercium, oleh itu lakukannya dengan perlahan-lahan dan lembut.

Ambil masa anda, tak perlu tergopoh-gapah. Nikmati sepenuhnya ciuman ini.

Anda juga tak perlu berfikir untuk melakukan teknik yang lebih “advance”. Teknik-teknik advance ni anda boleh lakukan kemudian.

Ciuman pertama hanya ciuman yang simple dan mudah. Tak perlu guna lidah, hisap bibir dan sebagainya.

Anda berdua juga tak perlu risau bagaimana keputusan ciuman anda – adakah anda bercium dengan betul atau tidak. Apa yang penting ialah anda berjaya mencuri ciuman pertama anda.

Masih banyak lagi masa untuk menyempurnakan teknik ciuman anda.

Jangan terpengaruh dengan filem Hollywood di mana kononnya first kiss adalah segalanya-galanya dan  mesti sempurna. Itu semua mitos penulis skrip untuk menyedapkan cerita.

Apa Nak Buat Lepas Bercium?

Seronok kan lepas dapat mencuri ciuman pertama dengan yang tersayang. Lepas ni apa pula nak buat?

Jika anda rasa ciuman penting dalam hubungan anda berdua, anda perlu jadi seorang pakar bercium. Anda perlu belajar teknik-teknik ciuman yang boleh puaskan pasangan.

Sebenarnya, banyak teknik ciuman yang boleh anda belajar – ciuman mesra, ciuman romantis, ciuman ghairah, ciuman Perancis, ciuman kupu-kupu dan banyak lagi teknik ciuman yang jarang didedahkan secara terbuka.

Ciuman ni sangat penting dalam hubungan asmara. Malah, jika anda betul-betul pandai bercium – dengan mudah anda dapat tewaskan pasangan anda, hanya dengan bibir anda.

Oleh itu, saya dah terbitkan satu panduan lengkap tentang bercium – Panduan E-Buku Seni Ciuman.

Panduan ini dijamin akan buat anda jadi pakar bercium. Jika anda serius nak belajar teknik-teknik ciuman yang boleh puaskan pasangan, anda perlu dapatkan panduan ni.

share-nodes
Kongsi: