Cium Leher – Cara, Teknik & Apa Maksud Sebenar Ciuman Mesra di Leher

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Cium leher pasangan? Ciuman pada leher adalah jenis ciuman yang sering digunakan kepada permulaan foreplay. Ciuman ini boleh dilakukan dengan mesra atau rakus – bergantung kepada apa yang anda mahukan daripada ciuman ini.

Cium leher

Walaupun ciuman di leher begitu popular, ramai yang melakukan ciuman ini dengan teknik yang salah. Rugi betul kerana cium leher dengan mudah dapat meruntuhkan benteng pertahanan pasangan, itu pun jika dilayangkan dengan teknik yang betul.

Kenapa Ciuman di Leher Sangat Hebat

Aktiviti ciuman adalah perbuatan yang sensual dan penuh emosi. Ciuman juga boleh berubah kepada aktiviti yang penuh nafsu untuk menggoda pasangan.

Ciuman dilakukan pada kawasan yang sensitif terhadap sentuhan pada tubuh pasangan, dan leher adalah antara kawasan tersebut.

Ciuman leher adalah perbuatan yang sangat mesra, tetapi pada masa yang sama juga sangat sensual dan seksi. Leher penuh dengan reseptor deria yang sangat sensitif, dan ciuman pada leher dengan mudah dapat merangsang reseptor-reseptor ini berbanding sentuhan tangan.

Tambahan pula bibir yang basah, dan nafas anda pada leher pasangan akan buat beliau lemas dalam keasyikan asmara.

Teknik Melakukan Cium Leher Dengan Betul

Seperti yang saya katakan sebelum ni, anda perlu lakukan teknik cium leher dengan betul – baru pasangan anda akan hilang kawalan diri. Jika tak beliau hanya merasa geli, bukan nikmat.

Berikut ialah langkah-langkah untuk melakukan ciuman leher yang betul.

Sentuh Dahulu

Sebelum anda mencium leher atau tengkuk si dia, sentuh dahulu dengan tangan atau jadi anda. Jangan terus melayangkan ciuman.

Sentuh dan usap leher beliau terlebih dahulu dengan lembut, terutama pada kawasan yang ingin anda cium. Ini akan buat beliau bersedia untuk menerima ciuman anda pada kawasan tersebut.

Mulakan Dengan Perlahan-Lahan

Dekatkan bibir anda perlahan-lahan pada kawasan tersebut. Jangan terus cium. Hembus perlahan-lahan leher beliau dengan nafas anda. Bina ketegangan seksual supaya beliau lebih teruja untuk menerima ciuman anda.

Basahkan Bibir

Basahkan bibir anda dengan lidah terlebih dahulu. Jangan cium pasangan dengan bibir yang kering. Tetapi jangan pula basahkan bibir anda sehingga terlalu basah. Jijik pula pasangan anda nanti. Basahkan sekadar cukup untuk mengelak bibir kering.

Bibir Rapat

Mulakan cium leher pasangan dengan bibir yang rapat. Cium dengan lembut dan jangan terlalu lama. Cukup sekadar memberi isyarat bahawa anda ingin bermain-main di kawasan leher beliau dengan bibir anda.

Jarakkan Bibir

Apabila anda lihat si dia telah selesa dengan cium anda di leher beliau, jarakkan sedikit bibir anda dan teruskan ciuman. Jika anda lihat si dia mula lemas, mula gerakkan bibir anda ke seluruh kawasan leher. Jangan hanya bertumpu di satu tempat sahaja.

Hembusan Lembut

Hembus lembut leher beliau ketika dalam ciuman anda. Selang-selikan dengan ciuman. Basahkan leher beliau dengan bibir anda, kemudian hembus lembut. Lakukan di seluruh kawasan leher pasangan.

Ulangi sehingga anda lihat si dia semakin asyik dan lemas dalam nikmat.

Bagaimana Buat Ciuman Leher Lebih Hebat

Langkah-langkah cium leher yang saya beri di atas adalah langkah asas untuk mencium leher pasangan. Hanya dengan mengikuti teknik di atas anda sudah boleh buat pasangan menyerah kalah dengan ciuman anda.

Tetapi ini tak bermakna anda tak boleh hebatkan lagi teknik cium leher anda. Cuba teknik-teknik di bawah untuk buat ciuman anda lebih hebat.

Peka Terhadap Bahasa Tubuh Si Dia

Anda perlu peka terhadap gerakan badan pasangan, atau lebih tepat bahasa tubuh si dia. Apa maksudnya jika si dia memiringkan leher – adakah dia bersedia untuk menerima ciuman anda atau sebaliknya? Begitu juga dengan reaksi tubuh beliau.

Untuk tahu lebih lanjut tentang cara membaca bahasa tubuh pasangan, anda boleh dapatkan panduan Seni Bahasa Tubuh. Panduan ini diberikan percuma dalam Pakej Ciuman Mutlak.

Gunakan Seluruh Tubuh Anda

Ciuman adalah satu aktiviti fizikal yang melibatkan seluruh tubuh anda, bukan sekadar bibir. Oleh itu ketika cium leher pasangan, gunakan juga tubuh anda. Rapatkan badan anda, gerakkan tangan untuk membelai rambut si dia, dan sebagainya.

Jilat dan Hembus

Ramai yang tak nak jilat leher pasangan kerana takut pasangan berasa jijik. Anda tak perlu risau, jika si dia mula lemas dalam nikmat – anda boleh gunakan lidah anda untuk menjilat leher si dia. Tetapi jangan pula menjilat dengan terlalu ‘over’. Cukup sekadar buat leher beliau sedikit basah supaya anda boleh hembus untuk buat beliau menggeliat kesedapan.

Love Bite

Menghisap leher pasangan juga adalah salah satu teknik untuk buat ciuman leher lebih nikmat. Ramai orang mengenali teknik ciuman sedut sebagai love bite. Saya telah menulis dengan detail tentang love bite pada artikel lepas.

Klik di sini dan belajar bagaimana nak lakukan love bite dengan teknik yang betul

Semoga panduan teknik cium leher ini dapat membantu.

share-nodes
Kongsi: