Cara Mencium Isteri di Malam Pertama – Ilmu Untuk Bakal Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Mencium isteri di malam pertama adalah antara pembuka kata buat suami kepada isteri. Ciuman malam pertama juga adalah salah satu tanda yang menunjukkan kasih sayang seorang suami kepada isterinya. Kepada bakal suami, diharap tip ciuman kali ni akan membantu anda.

Ramai suami yang gugup kerana tidak tahu bagaimana nak memulakan ciuman malam pertama. Kalau nak berjimak mungkin dah tahu, tapi bagaimana nak memulakan ciuman, nak mencium isteri di malam pertama?

Cara mencium isteri di malam pertama

Persiapan Mencium Isteri di Malam Pertama

Seperti persiapan perkahwinan, malam pertama juga perlukan persediaan. Begitu juga ciuman pertama anda kepada isteri. Anda perlu persediaan dan persiapan sebelum mencium isteri pertama kalinya.

Belajar ilmu bercium pada malam pertama sama pentingnya dengan persiapan lain menjelang perkahwinan. Jangan abaikan kuasa ciuman. Click To Tweet

Terdapat beberapa persiapan yang perlu anda ambil berat untuk ciuman malam pertama. Berikut saya beri beberapa tip untuk persediaan mencium isteri di malam pertama.

  1. Rapikan penampilan
    Ciuman adalah perbuatan yang intim antara lelaki dan wanita. Oleh itu anda perlu jaga penampilan anda ketika ingin bersama isteri. Tambahan pula wajah anda akan berada dekat dengan isteri ketika bercium. Rapikan misai dan janggut anda, biar kelihatan kemas dan segak. Sisir rambut supaya senang mata isteri memandang.
  2. Wangikan nafas
    Salah satu kesalahan bercium yang sering dilakukan oleh lelaki ialah nafas berbau. Tambahan lagi bagi perokok tegar. Sebelum melayangkan ciuman pertama anda pada isteri, wangikan dahulu nafas anda. Gosok gigi, gunakan penyegar nafas, makan chewing gum, elakkan merokok dan sebagainya. Ini adalah ciuman pertama anda, lakukan apa sahaja untuk memastikan nafas anda segar dan harum.
  3. Tenangkan diri
    Faktor ini pun buat ramai suami fail ketika mencium isteri di malam pertama. Perasaan gugup dan gentar memang tak dapat dielakkan ketika malam pertama. Tambahan lagi apabila terasa beban untuk benar-benar memuaskan isteri. Apabila terlampau gementar, anda tidak akan dapat memberi tumpuan ketika mencium isteri.
  4. Jangan berdiam diri
    Jangan hanya mencium isteri dalam keadaan diam. Ini adalah kali pertama anda mencium isteri. Apa salahnya anda berdua berbual sambil bercium. Tanya isteri bagaimana beliau ingin dicium. Apa yang beliau suka, dan apa yang beliau tak suka. Dalam tak sedar, isteri juga akan melakukan perkara yang sama. Ini akan buat anda berdua lebih intim dan mesra.
  5. Gunakan tangan
    Salah satu kesalahan bercium yang dilakukan oleh pengantin baru ialah tidak menggunakan tangan ketika bercium. Ketika anda mencium isteri di malam pertama, jangan lupakan tangan anda. Gunakan tangan untuk membelai tubuh isteri. Terutama rambut, wajah dan leher beliau. Perkara ini akan buat isteri lebih selesa dan dalam masa yang sama akan meningkatkan ghairah isteri.

Lokasi Ciuman Pada Malam Pertama

Ramai suami merasakan mereka hanya perlu mencium bibir isteri ketika kali pertama bercium. Mereka ragu-ragu untuk cuba mencium bahagian lain pada tubuh isteri kerana takut isteri akan menolak seterusnya merosakkan mood malam pertama.

Sayang sekali kerana anda sebenarnya boleh mencium seluruh tubuh isteri.

Berikut ialah beberapa bahagian pada tubuh isteri yang boleh anda cium pada malam pertama. Bahagian-bahagian tubuh isteri ini sangat sesuai dijadikan sasaran ciuman anda.

  1. Bibir
    Lokasi ini sudah pasti adalah lokasi wajib. Malah boleh dijadikan lokasi memulakan ciuman. Bibir isteri juga boleh dikatakan sebagai permulaan bercium sebelum beralih kepada ciuman yang lebih hot.
  2. Wajah
    Pipi, hidung, mata dan dahi adalah titik ciuman pada wajah isteri yang boleh anda cium. Tetapi awas, jangan jilat atau gunakan lidah anda pada bahagian-bahagian ni. Cukup sekadar mencium lembut.
  3. Leher
    Mencium leher isteri dengan lembut adalah salah satu cara untuk membangkitkan ghairah isteri. Bahagian ini sangat sensitif, terutama bagi kaum wanita. Salah satu teknik ciuman yang anda boleh gunakan pada leher isteri adalah dengan membasahkan leher isteri dengan lidah, kemudian hembus lembut kawasan tersebut.
  4. Telinga
    Telinga juga adalah zon erotik isteri yang boleh anda rangsang dengan bibir anda. Malah terdapat wanita yang boleh terus ghairah jika anda bermain-main dengan telinga beliau. Lokasi ciuman pada telinga yang paling efektif adalah pada kawasan cuping telinga. Anda boleh mencium, menjilat dan menghisap cuping telinga isteri untuk menaikkan ghairah isteri.
  5. Tulang selangka
    Kawasan ini sering diabaikan oleh suami ketika bercium. Kawasan ini juga adalah sensitif dan boleh buat isteri menggeliat kesedapan apabila dicium. Ciuman pada kawasan ini juga akan buat isteri lebih ghairah dan bernafsu.
  6. Dada
    Sebelum menuju ke arah payudara isteri, anda perlu mencium kawasan dada isteri dahulu. Walaupun kawasan dada wanita bukanlah zon erotik utama, ciuman pada kawasan ini diperlukan untuk membina ghairah isteri – sebelum mencium payudara. Cium dengan lembut kawasan dada isteri sebelum anda cium payudara isteri.
  7. Payudara
    Payudara adalah organ seks wanita, yang juga merupakan titik ghairah utama pada tubuh wanita. Cara paling berkesan untuk mencium payudara isteri ialah dengan mencium di sekeliling payudara dahulu. Jangan terus mencium bahagian areola atau puting payudara. Cium di sekeliling kawasan tersebut dahulu. Apabila anda rasakan isteri telah bersedia, barulah anda mula bermain-main dengan puting payudara beliau.

Panduan Lengkap Bercium di Malam Pertama

Tip ciuman malam pertama yang saya berikan ini boleh anda gunakan untuk mencium isteri di malam pertama.

Jika anda ingin panduan ciuman yang lengkap, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Seni Ciuman. E-Buku ini memberikan tip dan teknik bercium untuk memudahkan anda menewaskan benteng pertahanan isteri pada malam pertama.

Jangan pandang rendah kuasa ciuman. Ciuman yang dilakukan dengan betul bukan sahaja boleh buat isteri ghairah, tetapi juga boleh buat isteri semakin mesra dan sayang kepada anda.

share-nodes
Kongsi: