Cara Melakukan Love Bite – Belajar Teknik Gigitan Cinta Terbaik

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Sedang mencari cara melakukan love bite kepada si dia yang tersayang? Tip ciuman kali ini akan menyentuh tentang love bite dari A sampai Z. Tetapi, sebelum anda belajar cara melakukan love bite terbaik, anda perlu tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan love bite.

Cara melakukan love bite - gigitan cinta

Apa itu Love Bite?

Love bite atau juga dikenali sebagai “hickey” oleh masyarakat barat sebenarnya adalah satu teknik ciuman yang tergolong dalam kategori kesan ciuman – iaitu teknik bercium yang meninggalkan bekas.

Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, love bite akan jadi gigitan cinta, gigitan asmara -boleh la asalkan anda faham.

Secara ringkas, love bite adalah bekas, atau parut sementara yang timbul akibat dari pembuluh darah yang pecah di bawah kulit. Bekas atau kesan ini timbul apabila kulit dihisap dengan kuat. Kesan ini sama seperti ketika kulit dicubit.

Love bite sebenarnya adalah parut lebam yang wujud daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit. Click To Tweet

Parut ini pada mulanya akan berwarna kemerah-merahan, dan akan bertukar menjadi sedikit hitam atau ungu gelap apabila dibiarkan.

Lebih kurang sama dengan kesan lebam. Tetapi kesan love bite atau gigitan cinta ni tak menyakitkan seperti lebam.

Kesan lebam pada paha wanita
Kesan lebam pada paha wanita

Bagaimana Love Bite Bermula? – Sejarah Gigitan Cinta

Tidak ada kajian terperinci yang dilakukan tentang sejarah love bite. Ada yang mengatakan love bite berasal dari teknik yang diajarkan dalam kitab asmara Kama Sutra.

Ada pula yang mengatakan love bite tercipta secara semula jadi kerana naluri manusia yang suka meninggalkan kesan terhadap barangan yang dimilikinya.

Oleh itu dengan melakukan love bite adalah salah satu cara untuk mengatakan kepada umum bahawa pasangan beliau adalah miliknya, dan telah ditandakan dengan bekas love bite, atau bekas asmara.

Dalam erti kata lain, love bite adalah salah satu cara untuk mendominasi pasangan ketika berasmara. Tidak hairanlah tanda love bite sering dilakukan oleh lelaki berbanding wanita.

Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman – kaum wanita juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan kesan asmara kepada pasangan mereka, dalam bentuk love bite.

Kenapa Melakukan Love Bite?

Jawapan yang paling mudah kenapa manusia melakukan love bite sudah pasti kerana teknik bercium ini memberi nikmat kepada pasangan.

Love bite adalah salah satu teknik ciuman, oleh itu telah diketahui bahawa setiap teknik ciuman akan buat pasangan semakin ghairah dan penuh nikmat. Love bite tidak terkecuali.

Sebagai ciuman dalam kategori ciuman menyedut, love bite boleh memberi nikmat yang berbeza dari teknik ciuman biasa.

Adakah Love Bite Merbahaya?

Sudah pasti tidak! Walaupun bunyinya agak brutal – iaitu parut daripada pembuluh darah yang pecah, love bite tidak merbahaya dan bukanlah satu penyakit yang perlu dirawati.

Kesan ciuman ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan, dan tidak akan meninggalkan kesan jangka masa panjang.

Walaupun fakta perubatan ini telah diketahui umum, masyarakat pada zaman dahulu menganggap love bite sangat merbahaya dan mendorong kepada penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease), dan juga AIDS.

Ini sudah tentu adalah dongeng dan telah dibuktikan tidak benar. Tidak ada sejarah perubatan bahawa love bite menjurus kepada dongeng ini.

Malah love bite boleh dikatakan adalah antara teknik ciuman yang paling selamat, lebih selamat dari ciuman perancis mahupun ciuman bibir.

Akan tetapi, terdapat satu kes terpencil di mana love bite telah mengakibatkan kematian. Pada tahun 2016, Julio Macias Gonzales dari Mexico telah meninggal dunia akibat dari gigitan cinta.

Kemalangan ini berlaku kerana gigitan tersebut dilakukan dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan pembuluh darah beliau tersumbat. Darah beliau menjadi beku akibat daripada implikasi ini. Darah beku tersebut mengalir ke otak dan mengakibatkan beliau mengalami strok – yang mengakibatkan kematian.

Walau bagaimanapun, ini adalah kes yang sangat terpencil. Anda tidak perlu risau dan takut untuk melakukan love bite sekiranya anda melakukan teknik ciuman ini dengan betul.

Kat Mana Nak Lakukan Love Bite?

Oleh kerana love bite adalah salah satu kesan asmara, ramai secara tak sedar melakukan love bite pada kawasan yang boleh dilihat oleh masyarakat.

Sudah pasti lokasi love bite yang paling popular adalah pada leher pasangan.

Cara melakukan love bite
Leher adalah lokasi popular gigitan cinta

Faktor lain yang mengakibatkan leher menjadi lokasi popular untuk love bite adalah kerana tahap sensitiviti leher itu sendiri.

Berbeza dengan kawasan lain pada tubuh yang mempunyai lapisan kulit yang tebal, love bite pada leher mudah dilakukan dan kesannya timbul segera, dan bertahan lama.

Tetapi tidak semestinya love bite hanya boleh dilakukan pada leher.

Love bite sesuai dilakukan pada setiap kawasan sensitif pada tubuh pasangan, kecuali kawasan bersendi seperti bahu, siku, lutut dan jari.

Berapa Lama Kesan Love Bite Bertahan?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Kesan love bite yang timbul adalah bergantung kepada individu yang terlibat.

Tidak semua kulit dan ketahanan badan manusia adalah sama, kesan love bite juga tidak terkecuali dari faktor ini. Terdapat individu yang kesan love bite pada tubuh beliau akan kelihatan antara 2 hingga 3 hari, manakala ada pula individu yang mengambil masa lebih dari seminggu sebelum kesan tersebut hilang sepenuhnya.

Jenis love bite yang dilakukan juga mempengaruhi berapa lama kesan tersebut bertahan. Gigitan yang dilakukan dengan lebih rakus, iaitu kesan lebam yang kehitam-hitaman akan bertahan lebih lama berbanding love bite yang dilakukan dengan lembut.

Cara Melakukan Love Bite Dengan Betul – Teknik Terbaik

Jangan terkejut jika saya katakan masih ramai pasangan yang tak tahu bagaimana untuk melakukan cara melakukan love bite dengan betul.

Sebenarnya anda tidak perlu belajar skill khusus untuk melakukan love bite. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, love bite hanyalah salah satu teknik ciuman, iaitu ciuman menyedut. Cuma ia dilakukan dengan lebih agresif, dan kuat.

Walau bagaimanapun, tak salah sekiranya anda belajar langkah-langkah atau tip untuk buat love bite anda sempurna, dan boleh memberi nikmat yang lebih kepada pasangan.

1. Bina ghairah pasangan melalui foreplay

Perkara yang paling penting sebelum anda melakukan love bite kepada pasangan anda – pastikan pasangan anda benar-benar ghairah.

Ramai yang melakukan love bite pada pasangan dengan terlalu tergesa-gesa. Akibatnya pasangan berasa geli, atau lebih teruk lagi berasa sakit apabila menerima gigitan tersebut.

Bina ghairah pasangan terlebih dahulu – buat beliau asyik. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan kemahiran foreplay anda. Mulakan dengan ciuman lembut pada bibir terlebih dahulu, belai dan usap pasangan sehingga anda rasakan beliau bersedia.

2. Pilih lokasi yang sesuai

Penting juga untuk anda memilih lokasi yang sesuai pada tubuh pasangan untuk melakukan love bite.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, anda boleh melakukan love bite pada setiap bahagian tubuh pasangan, kecuali bahagian sendi.

Sekiranya pasangan anda agak rimas dengan kesan gigtan yang timbul pada tubuh mereka, anda boleh melayangkan ciuman love bite anda pada kawasan yang tersembunyi – iaitu yang tidak kelihatan seperti payudara, perut, paha atau punggung.

3. Basahkan kawasan yang hendak dicium dengan lidah

Apabila anda telah menjumpai lokasi yang sesuai, jangan terus menyedut kulit pasangan. Cium lembut dahulu pada kawasan tersebut, jilat dan basahkan dengan lidah anda.

Ini untuk memastikan kulit pada kawasan tersebut menjadi lembut lalu memudahkan anda untuk melakukan love bite. Ini juga adalah isyarat tak sedar yang anda sampaikan pada pasangan bahawa anda ingin melakukan sesuatu pada kawasan tersebut.

4. Sedut dan gigit

Mulakan dengan menyedut lembut. Jangan terus menyedut dan menghisap dengan agresif. Kawal diri anda.

Sedut atau hisap antara 20 hingga 30 saat. Tempoh ini sudah cukup untuk buat pasangan anda mengeluh kenikmatan, dan meninggalkan bekas love bite.

Pada kawasan yang berkulit tebal seperti paha atau perut, anda mungkin memerlukan masa yang lebih lama.

Jika pasangan anda tak kisah, anda juga boleh menggigit lembut ketika melakukan love bite. Awas, pastikan anda menggigit dengan lembut. Ramai yang hilang kawalan diri dan menggigit dengan kuat – ini adalah cara melakukan love bite yang salah!

5. Ubah lokasi love bite

Ubah lokasi anda. Jangan hanya bertumpu kepada satu lokasi sahaja. Jajah seluruh tubuh pasangan anda dan buat si dia bertambah ghairah dengan kesan love bite anda.

Anda juga boleh mencium lembut kawasan tersebut sebelum anda mengubah lokasi. Ini secara tak langsung menunjukkan anda lebih romantik dan menjadikan ciuman tersebut lebih erotik.

Pakar Love Bite

Sekarang anda telah tahu segala-galanya tentang love bite. Love bite cuma salah satu daripada teknik ciuman. Terdapat banyak lagi teknik dan kemahiran bercium yang perlu anda belajar sekiranya anda serius nak tewaskan pasangan hanya dengan ciuman anda.

Anda serius? Jika ya, dapatkan panduan Seni Ciuman. Panduan ini adalah manual teknik bercium yang lengkap – sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu.

Pendek kata selepas anda mempelajari teknik bercium di dalam panduan Seni Ciuman, dengan mudah pasangan anda akan hilang kawalan diri dan lemah dalam pelukan anda ketika bercium – dapatkan sekarang.

share-nodes
Kongsi: