Bila Isteri Paling Gersang dan Apa Yang Anda Boleh Buat Untuk Goda Beliau

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Pernah tak sebagai suami, anda terfikir bila waktu isteri paling gersang? Ramai suami yang tak tahu terdapat situasi dalam hidup isteri mereka di mana isteri boleh jadi sangat-sangat gersang – mengalahkan lelaki.

Isteri paling gersang

Betul ke wanita boleh gersang lebih dari lelaki? Pelik kan sebab selalunya kaum perempuan ni akan mengelak daripada perkara-perkara yang boleh buat mereka terangsang atau ghairah. Jauh berbeza dengan kaum lelaki yang setiap masa gersang.

Ini kerana lelaki mempunyai tahap hormon Testosteron yang sangat tinggi, manakala kandungan hormon ini pada wanita adalah rendah. Hormon ini adalah salah satu faktor yang boleh buat individu ghairah dan terangsang.

Tetapi, ini tidak bermakna kaum wanita sukar untuk terangsang dan ghairah. Terdapat beberapa situasi atau waktu di mana wanita menjadi sangat gersang – isteri anda juga sama.

Ada waktunya wanita boleh jadi lebih gersang dan mudah terangsang berbanding lelaki Click To Tweet

Bila Isteri Paling Gersang?

Di bawah ni saya senaraikan situasi atau waktu-waktu tertentu di mana isteri anda akan jadi sangat gersang dan mudah terangsang. Gunakan waktu ni sebaik mungkin untuk menggoda isteri.

Ketika waktu subur

Isteri anda akan gersang ketika beliau subur. Waktu subur, atau “ovulasi” adakah keadaan di mana hormon isteri anda mendadak naik. Ketika ini tubuh beliau akan menghantar pheromones kepada pasangan.

Semasa ini berlaku, tahap estrogen dan progesterone juga meningkat naik dengan mendadak sehingga permulaan haid. Kedua-dua hormon ini adalah antara faktor yang menyebabkan wanita akan menjadi sangat gersang dan mudah ghairah.

Isteri anda pada ketika ini akan mudah terangsang walaupun dengan rangsangan-rangsangan kecil.

Ketika haid

Mungkin anda rasa pelik sekiranya isteri paling gersang ketika mula haid – tetapi ini adalah fakta yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik.

Pada permulaan kitaran haid, hormon pada tubuh wanita adalah tidak stabil. Jadi tak hairan mood wanita sering berubah ketika mereka haid. Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh hormon pada tubuh mereka.

Ketidakstabilan hormon ini mudah buat mereka ghairah dan gersang.

Jika isteri gersang semasa haid sekalipun, bagaimana nak goda beliau? Tak jadi masalah – suruh isteri baca panduan cara puaskan suami ketika haid.

Trimester ke dua kehamilan

Seperti juga ketika subur, estrogen dan progesterone pada tubuh wanita hamil akan mencanak naik. Ramai wanita yang sedar mereka mudah ghairah ketika mula hamil – tetapi masalah-masalah lain seperti pening, letih, dan sakit pada tubuh buat mereka mengabaikan nafsu mereka.

Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini akan berkurang ketika trimester ke dua kehamilan mereka. Jadi pada ketika ini mereka mula memberi perhatian kepada nafsu mereka.

Nafsu ini akan mula berkurang pada trimester ke tiga kehamilan.

Permulaan menopause

Situasi menopause adalah sama seperti situasi ketika haid. Ketika mula mengalami menopause, isteri anda akan jadi mudah ghairah kerana berlaku perubahan hormon pada tubuh mereka. Semasa menopaus, terdapat hormon-hormon yang akan berhenti dihasilkan daripada tubuh mereka.

Ketika ini, isteri anda akan mengalami tahap ghairah yang meningkat naik. Situasi ini boleh berlangsung antara beberapa hari sehingga kepada beberapa bulan.

Walaupun tidak ada fakta saintifik yang membuktikan isteri paling gersang ketika mula menopause, ramai wanita yang mengakui mereka menjadi lebih bernafsu dan mudah terangsang sebelum menopaus.

Tanda-Tanda Utama Isteri Gersang

Selain daripada waktu-waktu yang saya nyatakan di atas, anda boleh mengetahui waktu isteri paling gersang dengan beberapa tanda atau isyarat.

Sensitif pada sentuhan

Isteri anda pada ketika ini sangat sensitif pada sentuhan. Anda tersentuh sikit kulit mereka pun mereka dan jadi geli. Terutama pada bahagian yang sensitif seperti telinga, leher, paha dan sebagainya. Anda tahu kan di mana kawasan sensitif atau zon erotik isteri anda? Kalau tak tahu, sila baca panduan mengenali zon erotik isteri.

Payudara membesar

Lepas ni sila beri perhatian kepada saiz payudara isteri. Wanita ketika mengalami waktu ghairah, payudara mereka akan membesar. Perubahan ini bergantung kepada wanita terbabit. Ada wanita yang buah dada mereka membesar dengan ketara, dan ada yang tidak ketara.

Selera makan meningkat

Jika tiba-tiba isteri selera makin isteri meningkat, terutama kepada makanan manis seperti kek, coklat atau “dessert”, boleh jadi itu adalah tanda beliau mula mengalami salah satu waktu isteri paling gersang yang dibincangkan sebelum ni.

Tanda-tanda yang saya beri ni bukanlah “confirm” 100% betul. Tetapi, anda boleh jadikan panduan untuk memerhatikan perubahan pada isteri anda.

Apa Yang Boleh Anda Buat Untuk Goda Isteri Gersang

Sekarang anda dah tahu waktu bila isteri paling gersang, dan anda dah tahu bagaimana untuk mengenali perubahan pada isteri anda ketika beliau mudah ghairah. Apa yang perlu anda buat untuk mengambil kesempatan terhadap situasi ini?

Banyakkan sentuhan

Inilah masanya untuk anda lebih menyentuh isteri. Curi peluang untuk menyentuh isteri anda. Tak kisah sekadar sentuhan tangan, ciuman pipi, urutan pada bahu, dan sebagainya. Lebih kerap lebih bagus.

Sentuhan yang saya maksudkan ini tak semestinya sentuhan menggoda pada titik ghairah beliau. Sebarang sentuhan boleh. Anda perlu bina ketegangan seksual untuk buat ghairah beliau meningkat sedikit demi sedikit supaya mudah meletup nanti.

Jamu isteri

Isteri teringin nak makan “brownie”? Terus belikan. Jangan lupa jika tiba-tiba selera makan isteri meningkat, terutama kepada makanan yang manis – itu salah satu tanda isteri paling gersang. Jadi jangan berkira untuk belikan beliau makanan yang beliau ingini.

Ini adalah salah satu cara untuk anda puaskan nafsu beliau, walaupun nafsu makan.

Ubah mood

Jika anda perasan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan isteri paling gersang, cuba ubah mood di rumah. Contohnya mula mainkan lagu-lagu romantik, atau tukar suasana bilik tidur kepada yang sensual dan erotik.

Ini adalah sebagai pencetus atau isyarat untuk merangsang emosi isteri anda supaya beliau bersedia untuk bersama.

Dahulukan beliau

Tukar diri anda kepada “gentleman”. Dahulukan beliau dalam setiap perkara. Bukan sahaja dalam aktiviti harian, tetapi juga ketika bersama di ranjang.

Kebanyakan wanita ketika mereka berada pada situasi-situasi yang telah disebutkan sebelum ni, suka mengawal keadaan. Maksudnya mereka ingin jadi Bos di ranjang. Jadi, apa salahnya anda beri peluang kepada mereka melampiaskan nafsu mereka sepenuhnya – anda juga yang untung!

share-nodes
Kongsi: