Awas! Elakkan Makanan Ini Sebelum Seks – Jangan Rosakkan Prestasi Anda

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu makanan apa yang perlu anda elakkan sebelum seks? Makan sebelum seks? Tiada masalah. Tetapi pilih makanan anda dengan teliti. Jangan terkejut jika saya katakan makanan yang anda makan sebelum sebarang aktiviti seks boleh memberi kesan kepada prestasi seks anda, baik atau buruk.

Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “You are what you eat”. Pepatah ini sangat tepat kerana makanan sangat-sangat mempengaruhi diri anda. Aktiviti seks tidak terkecuali. Makanan sangat memainkan peranan terhadap prestasi seks anda, sama ada dari aspek positif atau negatif.

elakkan makanan ini sebelum seks
Elakkan makanan-makanan ini sebelum aktiviti seks – Jangan rosakkan prestasi anda di ranjang Click To Tweet

Elakkan makanan ini sebelum seks

Kali ini saya ingin memberi tips makanan-makanan yang perlu anda elakkan sebelum anda melakukan sebarang aktiviti seks, dalam erti kata lain, elakkan makanan ini sebelum seks.

Keju

Makanan sebelum seks keju

Keju adalah pembunuh utama nafsu seks! Ini termasuk juga hampir kesemua produk tenusu. Keju boleh meningkatkan penghasilan kahak. Oleh itu elakkan keju atau produk tenusu lain sebelum aktiviti seks.

Kacang

Makanan sebelum seks kacang

Walaupun sesetengah individu merasa lebih bertenaga selepas dengan pengambilan kacang dalam diet mereka, majoriti akan berasa kembung perut, dan berasa tidak selesa. Ini adalah efek kacang terhadap perut anda. Anda akan berasa malas.

Lebih teruk lagi jika gas terkumpul berlebihan akibat pengambilan kacang, dan bagaimana nak lepaskan gas ketika seks? Anda kentut!

Coklat

Makanan sebelum seks dark chocolate

Coklat adalah makanan yang boleh meningkatkan libido, atau nafsu seks anda. Tetapi kena tengok jenis coklatnya juga. Coklat yang telah terbukti boleh membuatkan anda berasa lebih seksi dan bernafsu ialah “dark chocolate”. Selalunya dark chocolate mengandungi antara 70% hingga 80% kandungan cocoa. Ini adalah ramuan utama yang meningkatkan nafsu seks anda.

Bagaimana pula dengan coklat yang biasa? Kalau boleh elakkan kerana coklat yang kurang kandungan cocoa dipenuhi dengan pemanis tiruan. Ini membuatkan anda menjadi malas dan mengantuk.

Pudina

Makanan sebelum seks pudina

Kandungan mentol yang terdapat di dalam pudina telah terbukti akan merendahkan tahap testosteron bagi kaum lelaki, akibatnya nafsu seks anda merudum jatuh.

Tetapi kan saya jarang makan daun pudina. Fikir sekali lagi. Bagaimana dengan mentos, chewing gum, yang anda makan untuk mewangikan nafas anda?

Jika boleh elakkan makanan-makanan yang mengandungi pudina sebelum aktiviti seks. Kalau nak mewangikan nafas, pergilah berus gigi, atau gunakan produk yang tidak mengandungi pudina atau mentol, atau yang kandungannya sedikit.

Daging Merah

Makanan sebelum seks daging merah

Dinner yang romantik bersama pasangan sebelum aktiviti di ranjang, sudah pasti di sambut di restoran eksklusif dengan menu utamanya Tenderloin Steak.

Stop! Jangan makan daging merah sebelum aktiviti anda di ranjang jika sistem pencernaan anda bermasalah.

Kajian menunjukkan daging merah boleh membantu meningkatkan tenaga anda. Sudah pasti ini perlu ketika bertarung di ranjang. Daging merah juga dikatakan dapat memberi kesan atau efek yang membuatkan anda berasa lebih liar dan rakus di ranjang. Bagus? Sudah pasti.

Walaubagaimanapun, kajian juga menunjukkan pengambilan daging merah yang berlebihan ketika seks boleh buat anda berasa lesu ketika bertarung. Ini kerana daging merah memerlukan lebihan tenaga untuk dicerna dengan sempurna, oleh itu jantung anda akan mengepam darah ekstra kepada organ pencernaan menyebabkan bahagian lain pada tubuh anda ‘sedikit’ diabaikan.

Jangan pula tak tahu aliran darah penting untuk buat zakar menjadi keras pada tahap maksima!

Kentang Goreng (French Fries)

Makanan sebelum seks kentang

Laparnya sebelum bertarung di ranjang. Makan Fries, cepat dan mengenyangkan. Selepas ini hentikan tabiat ini.

Kentang goreng dipenuhi lemak tepu yang memberi kesan secara langsung kepada tahap testosteron dan pengaliran darah. Jumlah garam yang tinggi dalam kentang goreng juga akan membuatkan tekanan darah anda terganggu. Ini memberi kesan yang amat buruk terutamanya kepada kaum lelaki. Iaitu, zakar sukar untuk kekal keras semasa aktiviti seks.

Ada lagi. Kentang goreng juga tinggi dengan kandungan sodium yang akan membuatkan anda berasa ‘sengkak’ dan tidak selesa.

Alternatif terbaik untuk kentang goreng atau French Fries ialah kentang bakar, atau Baked Potato.

Jangan makan berlebihan

Makanan-makanan yang diberikan di atas adalah antara makanan-makanan yang akan memberi kesan secara langsung kepada prestasi seks anda di ranjang.

Terdapat pelbagai lagi makanan yang jika dimakan sebelum aktiviti seks akan memberi kesan negatif kepada prestasi seks anda, jika diambil dengan berlebihan.

Oleh itu elakkan makan secara berlebihan sebelum seks. Jika anda sangat-sangat lapar sekalipun, pilihlah makanan yang boleh membantu meningkatkan prestasi seks, dan bukan yang buat prestasi seks anda merudum jatuh.

share-nodes
Kongsi: