7 Jenis Hubungan Seks – Anda Suka Yang Mana?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Ada berapa jenis hubungan seks? Ramai ingat hubungan seks ada sejenis sahaja. Sebenarnya tidak. Jika anda telah lama mendirikan rumahtangga dan telah lama menjalani hubungan seks, sudah pasti anda perasan terdapat banyak situasi seks yang anda jalani.

Cita rasa setiap individu adalah berbeza, begitu juga keinginan seks. Untuk mencapai nikmat seks sepenuhnya, anda perlu tahu anda sukakan jenis yang mana satu.

Jenis hubungan seks

Jenis-Jenis Hubungan Seks

Berikut ialah jenis aktiviti seks yang telah dikenal pasti menjadi pilihan pasangan di dunia. Anda dan pasangan mungkin pernah menjalani salah satu, atau lebih jenis-jenis ini.

Terdapat pelbagai jenis hubungan seks, anda dan pasangan harus cuba semuanya! Click To Tweet

1. Jenis Seks Ghairah

Ini adalah jenis seks yang normal, dan dijalani oleh setiap pasangan ketika mereka baru mengenali aktiviti seks.

Hubungan seks jenis ini sangat intim dan bernafsu. Ketika ini perasaan cinta terhadap pasangan berubah menjadi nafsu ghairah yang sangat indah dan membawa kepada hubungan seks yang mengasyikkan.

Jenis seks ini juga sangat bergantung kepada rasa cinta pasangan. Semakin anda sayang dan cinta kepada pasangan, semakin nikmat hubungan seks jenis ini.

Begitu juga sebaliknya. Ramai pasangan yang semakin menjauh akan merasakan hubungan seks semakin hambar dan hilang nikmat.

2. Hubungan Seks Spiritual

Jika jenis hubungan seks ghairah bertumpu kepada nafsu, jenis ini pula lebih kepada emosi dan spiritual.

Perasaan cinta antara pasangan lebih kuat dalam hubungan seks ini. Mereka yang menjalani jenis hubungan ini akan merasa mereka sangat rapat dengan pasangan mereka.

Seringkali hubungan seks jenis ini akan memberi pengalaman dan nikmat yang sangat luar biasa, fizikal dan emosi.

Pengalaman ini selalunya dialami oleh pengantin baru pada malam pertama perkahwinan. Ketika ini pasangan sangat terikat dengan emosi, kasih-sayang dan cinta.

3. Hubungan Seks Lucu

Hubungan seks ini penuh dengan gelak ketawa dan senda gurau. Pasangan yang menjalani jenis hubungan ini sangat akrab antara satu sama lain.

Hubungan seks yang diselangi senda gurau bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan suami isteri, tetapi juga boleh memberi nikmat baru kepada anda berdua.

Jika anda berdua belum pernah mencuba hubungan seks ini, sudah tiba masanya anda memasukkan hubungan seks lucu sebagai salah satu aktiviti wajib dalam jadual ranjang anda.

4. Hubungan Seks Lemah-Lembut

Ini adalah aktiviti seks kegemaran wanita. Aktiviti yang dilakukan dengan romantik dan lemah lembut boleh memanjangkan hubungan seks antara suami isteri.

Pasangan yang rapat, atau bersifat romantik akan memilih hubungan seks jenis ini.

Tetapi jika dilakukan setiap kali bersama, boleh menimbulkan rasa jemu kepada pasangan – terutama kaum lelaki.

5. Hubungan Seks Ganas

Ramai pasangan yang menganggap hubungan seks ganas harus dielakkan sama sekali. Bagi mereka hubungan seks ganas tidak sesuai untuk pasangan suami isteri, dan menyakitkan.

Ini betul, jika tak kena gaya. Sebenarnya hubungan seks ganas juga boleh memberi nikmat yang sama dengan hubungan seks yang lain. Tetapi haruslah dilakukan dengan teknik yang betul.

Kebanyakan pasangan melakukan hubungan seks ini selepas bertengkar, atau ketika sedang marah dengan pasangan. Tetapi selepas selesai hubungan seks, mereka kembali mesra dan intim.

6. Hubungan Seks Eksperimen

Pasangan yang gemar melakukan eksperimen dalam hidup mereka akan memilih jenis ini. Aktiviti seks ini juga sering dicuba oleh pasangan pengantin baru.

Mereka mencuba pelbagai cara bercium, permainan foreplay, dan juga posisi seks.

Ini adalah aktiviti yang sangat sihat, terutama dalam lapangan seksual. Mencuba perkara baru dalam hubungan seks boleh memberi pengalaman dan nikmat baru kepada anda berdua.

Jadi tidak perlu takut untuk melakukan jenis hubungan seks ini.

7. Hubungan Seks Gaya Kamasutra

Jenis hubungan seks Kamasutra boleh dikatakan sebagai panduan lengkap untuk bersetubuh. Ilmu Kamasutra merangkumi daripada bagaimana hendak menggoda pasangan sehinggalah kepada apa yang perlu dilakukan selepas bersetubuh.

Hubungan seks Kamasutra juga dikatakan sebagai rujukan untuk pelbagai ilmu seks moden pada masa sekarang.

Anda boleh membaca lebih lanjut bagaimana ilmu Kamasutra boleh beri nafas baru dalam hubungan seks anda berdua.

share-nodes
Kongsi: