Dirogol Dalam Tidur Tanpa Disedari – Pengalaman Ngeri Mangsa

Dikirim pada 26 Jun 2012

Seorang wanita mendakwa dirinya dirogol dalam tidur di rumahnya di Taman Tenaga, Kajang Khamis lalu. Kejadian tersebut mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Dirogol dalam tidur

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

Mangsa yang dirogol dalam tidur tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja, katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan