Budak 13 Tahun Merogol – Apa Nak Jadi Dengan Malaysia!

Dikirim pada 2 Jan 2013

Budak 13 tahun merogol adalah topik yang sedang hangat dibincangkan di laman sesawang dan laman sosial seperti facebook dua tiga hari yang lepas. Kejadian berlaku apabila seorang budak lelaki berumur 13 tahun dikatakan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah Stesyen Minyak Shell di Melaka. Kejadian ini berlaku pada 2 hari lepas (1 Januari 2013).

Budak 13 tahun merogol
Budak berumur 13 tahun cuba merogol seorang wanita di Stesyen Minyak. Click To Tweet

Mangsa melaporkan remaja tersebut mencium pipinya dan menyentuh dada dan payudara beliau semasa berada di dalam tandas. Beliau melawan dan cuba membuka pintu tandas menyebabkan orang ramai yang berada di luar tandas membantu beliau.

Mangsa cubaan merogol tersebut membuat laporan polis dan remaja tersebut kini berada di dalam tahanan reman pihak Polis untuk siasatan lanjut.

Kes ini benar-benar mengejutkan kerana umur penjenayah, dan juga cubaan berani beliau untuk melakukan jenayah.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan