Terma & Syarat Program Affiliate Info Seks Melayu

Sebelum berdaftar sebagai affiliate Info Seks Melayu, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ini penting untuk melindungi hak anda dan melancarkan proses pemasaran anda.

1. Perjanjian Affiliate

Dengan mendaftar sebagai affiliate Info Seks Melayu, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian yang dinyatakan di laman ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi terma & syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Sebagai Affiliate

Sebagai affiliate Info Seks Melayu, anda bertanggungjawab untuk:

  1. Melakukan pemasaran atau promosi secara berhemah.
  2. Tidak melakukan pemasaran atau promosi  yang menyalahi undang-undang di Malaysia.
  3. Tidak memutarbelitkan sebarang maklumat produk-produk Info Seks Melayu.
  4. Tidak menggunakan hakcipta, cap dagangan, dan harta intelek individu atau organisasi lain.

3. Bahan Promosi

Pihak Info Seks Melayu menyediakan bahan promosi kreatif dalam bentuk artikel, kod HTML dan banner grafik untuk membantu proses promosi anda.

Pihak Info Seks Melayu berhak mengubah sebarang bahan kreatif sekiranya dirasakan perlu tanpa memaklumkan lebih awal kepada para affiliate.

Pihak Info Seks Melayu tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta atau harta intelek pihak ketiga untuk tujuan pemasaran anda. 

Pihak Info Seks Melayu juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya bahan promosi yang anda gunakan melanggar undang-undang.

4. Penggantungan dan Penamatan Akaun

Pihak Info Seks Melayu berhak menamatkan akaun dengan notis atau tanpa notis pada bila-bila masa sahaja jika pihak kami mendapati anda melakukan pemasaran tak berhemah atau melanggar undang-undang; atau melanggar syarat dan terma program ini.

5. Polisi SPAM Email

Pihak kami melarang keras melakukan pemasaran dengan kaedah SPAM Email. Pemasaran Email hanya boleh dilakukan kepada Subsciber anda, iaitu mereka bersetuju untuk menerima Email dari anda.

Pihak Info Seks Melayu berhak menggantung atau menamatkan akaun affiliate anda tanpa notis sekiranya pihak kami menerima aduan bahawa anda melakukan pemasaran menerusi kaedah SPAM Email.

6. Pengubahsuaian

Pihak Info Seks Melayu berhak mengubah mana-mana syarat dan terma pada laman ini mengikut budi bicara. Jika berlaku sebarang perubahan, anda akan dimaklumkan melalui Email. 

Penyertaan anda selepas perubahan syarat dan terma baru menandakan anda setuju dengan syarat dan terma baru tersebut.

7. Pembayaran Komisyen

Pembayaran komisyen jualan hanya akan dilakukan kepada jualan yang sah sahaja – iaitu pembeli membuat tempahan dan membuat pembayaran terhadap produk yang dibeli.

Sekiranya pembeli melakukan tempahan tetapi tidak membuat pembayaran, jualan tersebut dikira sebagai tidak sah dengan status “Pending” atau “Rejected”. Anda tidak akan menerima komisyen untuk status jualan “Pending” atau “Rejected”.

Pihak kami telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan situasi sebegini berlaku, tetapi perkara ini adalah normal untuk pemasaran dan pembelian atas talian  (online).